Robert Goddard
Robert Goddard

Robert Goddard

Robert Hutchings Goddard (5 Oktober 1882 – 10 Ogos 1945) merupakan seorang jurutera, profesor, ahli fizik dan pereka cipta dari Amerika Syarikat. Beliau dikenali kerana mereka cipta roket bahan api cecair pertama di dunia.[1] Kerja-kerja Goddard sebagai ahli teori dan jurutera banyak meneraju pembangunan yang memungkinkan teknologi penerbangan angkasa lepas.[2]Meskipun sumbangannya dalam bidang aeroangkasa sangat berpengaruh, namun beliau kurang mendapat perhatian orang ramai; bahkan usaha-usaha beliau kadangkalanya diperlekehkan dalam akhbar harian. Oleh itu, beliau cenderung merahsiakan kehidupan peribadi dan kerja-kerjanya.Sumbangannya kepada bidang peroketan telah banyak mempengaruhi beberapa tokoh terkenal dalam menceburi penerokaan angkasa lepas termasuk Robert Truax, Milton Rosen, Buzz Aldrin dan Jim Lovell, Gene Kranz serta Samuel Herrick antara lainnya.[3]

Rujukan

WikiPedia: Robert Goddard http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,9... http://www.clarku.edu/research/archives/goddard/fa... http://www.clarku.edu/research/archives/goddard/fa... http://www.clarku.edu/research/archives/goddard/fa... http://www2.clarku.edu/research/archives/goddard/f... http://www.nasm.si.edu/exhibitions/gal100/goddard.... http://www.wpi.edu/academics/library/collections/r... http://genesismission.jpl.nasa.gov/people/biograph... http://www.nasa.gov/centers/goddard/about/history/... http://planetarynames.wr.usgs.gov/Feature/2199